Powered by Blogger.
There was an error in this gadget
Avril Lavigne - Freak Out


Try to tell me what I shouldn't do
You should know by now,
I won't listen to you
Walk around with my hands up in the air
Cause I don't care

Cause I'm alright, I'm fine

Just freak out, let it go
I'm gonna live my life
I can't ever run and hide 
I won't compromise 
Cause I'll never know
I'm gonna close my eyes
I can't watch the time go by
I won't keep it inside
Freak out, let it go
Just freak out, let it go

You don't always have to do everything right
Stand up for yourself
And put up a fight
walk around with your hands up in the air 
Like you don't care

Cause I'm alright, I'm fine

Just freak out, let it go
I'm gonna live my life
I can't ever run and hide 
I won't compromise 
Cause I'll never know
I'm gonna close my eyes
I can't watch the time go by
I won't keep it inside
Freak out, let it go

On my own
Let it go
Yeah, yeah, yeah

Just let me live my life
I can't ever run and hide 
I won't compromise 
Cause I'll never know
I'm gonna close my eyes
I can't watch the time go by
I won't keep it inside
Freak out, let it go

Gonna freak out, let it go
Gonna freak out, let it go

Astrid - Tak Ingin Dicintai


Aku tak ingin dicintai bila tak sepenuh hati
Aku tak ingin dimiliki bila tak sepenuh hati
Aku tak mau kau sayangi bila kau setengah hati
Aku tak mau kau ingini bila kau setengah hati

Reff:
Karena hatiku tak akan ku beri
Pada kekasih yang tidak baik hati
Jadi daripada aku mengharap kesungguhanmu
Aku lebih memilih pergi dan cari penggantimu

Aku tak ingin mencintai bila tak sepenuh hati
Aku tak ingin memiliki bila tak sepenuh hati


Repeat reff
Karena hatiku tak akan ku beri
Pada kekasih yang tidak baik hati


Repeat reff [2x]
Aku tak mau kau sayangi bila kau setengah hati
Aku tak ingin dicintai, aku tak ingin dimiliki
Aku tak mau kau sayangi, aku tak mau kau ingini



1 Citizen

Tahukah anda semua tentang 1 Citizen nie? (ayat xbole blah). Baru2 nie, saya ada myertai program 1 Citizen ni. Pada mulanya, saya pon tak tahu la program apa nie sbenarnya. Bila dah sertai, barulah saya tahu. 1 Citizen nie adalah program yang dianjurkan oleh kerajaan. Kerajaan nak rakyat dapt pndedahan mgenai dunia cyber. Bila sy sertai program ini, bnyak input y saya peroleh.

Antara input yang saya peroleh :

1. Antara country yang dapat access internet dgn laju 

  • Finland
  • France
  • Korea
  • Amsterdam
2. Antara country yang poor internet connection
  • Benin
  • Cuba - Kerajaan Cuba control penggunaan internet di negara mereka
  • Myammar
3. Maksud term2 dlm dunia cyber. cthnye :
  • Hackers- Cthnye: Org yg hack acc. FB kita
  • Crackers- melibatkan software
  • Phishing- Org yang try curik password kita. Kalau anda dpt link y rasa xberkenaan, sila ignore and delete krn dikhuatiri link tersebut adalah aktiviti phishing.
  • Gambling- online game
4. Cyber Crime 
  • Theft of telecommunications - Phreaker
  • Communication in furtherance of criminal conspiracies - Child Pornography
  •  Telecommunication Piracy
  • Electronic money laundering and tax evasion
  • Electronic vandalism and terrorism
  • Sales and investment fraud
  • Illegal interception of telecommunication
  • Electronic Funds transfer fraud
5. Antivirus - To make sure that if you slip up, it will be there to catch any nasty worm trying to infect you.

Ini adalah antara input2 yang saya peroleh dr program 1 Citizen. Program ini diadakan selama 2 hari. Hari yang pertama, pengajar akn mnerangkan perkara2 seperti y dinyatakan di ats. Pada hari ke-2 akn diadakan online test. Selepas test, kami dikehendaki menyiapkan portfolio dan diberi masa 2 mggu untuk myiapkan portfolio tersebut. 


Inilah portfolia saya. Hodoh kn ? Saya bkn seorg yang kreatif. Saya menggunakan Adobe CS3. Sy buat dan hantar portfolio ini sejurus slepas online test sbb saya bnyk kerja lain yg perlu dibuat. Sekian. :)

 

Adik-beradik Saya

     Tiba2 teringin nak share dgn pembaca blog ni tentang adik-beradik saya. Saya mempunyai 7 org adik-beradik semuanya. Saya anak sulong(pertama). Pada mulanya saya tak suka adik-beradik ramai. Tp, makin lama, saya makin sedar kepentingan dan kemeriahan adik beradik ramai sehingga saya menanam azam nk anak ramai. Sy mulai sdar apabila mak sy memberitahu bahawa anak adalah rezki dan anak drpd Allah. Jangan takut untuk mmpunyai ank ramai krn Allah telah menentukan rezki untuk setiap anak tersebut. Sebagai cth, semasa mak mgandungkn salah seorg adik saya, abah telah mndapat bonus sbnyak RM5000. Melalui cth tersebut, maka sudah jelas lagi bersuluh bahawa Allah telah menentukan rezki bg setiap anak2 yang kita peroleh. Selain drpd itu, jika kita mmpunyai anak yang ramai, secara tidak langsung kita dapat meramaikan umat Islam dimuka bumi ini. Jadi, marilah saya knalkn kpd pembaca semua tentang adik-beradik saya. :)


Ini adalah saya. 
Nama : Nur Fatihah Binti Mohamed Yaziz
Umur : 20 Tahun (2012)
Status : Masih Belajar
Pelajar UiTM Shah Alam
Bidang : Perakaunan
Panggilan dalam Keluarga : Along 

Nama : Nur Farahin Binti Mohamed Yaziz
Umur : 19 Tahun (2012)
Status : Masih Belajar
Pelajar Matrikulasi Tangkak
Bidang : Sains Hayat
Panggilan dalam Keluarga : Angah


Nama : Nur Faridah Binti Mohamed Yaziz
Umur : 17 Tahun (2012)
Status : Masih Belajar
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Lalang
Panggilan dalam Keluarga : Uda


Nama : Nur Fadhilah Binti Mohamed Yaziz
Umur : 12 Tahun (2012)
Status : Masih Belajar
Pelajar Sekolah Kebangsaan L.K.T.P Ayer Hitam
Panggilan dalam Keluarga : Ila




Nama : Mohammad Salahuddin Bin Mohamed Yaziz
Umur : 9 Tahun (2012)
Status : Masih Belajar
Pelajar Sekolah Kebangsaan L.K.T.P Ayer Hitam
Panggilan dalam Keluarga : Abang



Nama :Nur Filzah Binti Mohamed Yaziz
Umur : 7 Tahun (2012)
Status : Masih Belajar
Pelajar Sekolah Kebangsaan L.K.T.P Ayer Hitam
Panggilan dalam Keluarga : Kakak



Nama :Mohammad Salihin Mursyid Bin Mohamed Yaziz
Umur : 5 Tahun (2012)
Status : Masih Belajar
Pelajar Pra-Sekolah Kebangsaan L.K.T.P Ayer Hitam
Panggilan dalam Keluarga : Adik

Inilah adik-beradik saya. Saya bersyukur kerana mempunyai adik-beradik yang ramai dan comel. Walaupun kami kerap kali salah faham, akhirnya kami akan bersatu juga dan lastly, saya nk share la ngn pembaca semua tentang peribahasa Melayu tentang adik-beradik ini iaitu "AIR DICINCANG, TIDAK AKAN PUTUS". 





Kizi Game Online Bile Bosan~

Kalau kamu smua rasa bosan dan tak tahu nk buat apa. Teha nak share skit link KIZI game online nie. Kalau korg berminat try la main. Jangn smpai addicted sudah la. Teha taw link gme ni dr adik Teha sendri iaitu Muhammad Salahuddin. Kalau korg rase nak main, click la link dibawah ni ye....

Waktu-Waktu Yang Mustajab Untuk Berdoa

Terdapat 22 waktu dimakbulkan do’a:-


1.Berdo’a sewaktu hujan turun.

“Berdo’alah pada waktu mustajab do’a iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun” (Hadis Riwayat Abu Daud).

2.Ketika hendak bersolat berdasarkan hadis diatas.

3.Selesai membaca al-Fatihah dalam solat.

4.Selepas mengucapkan ‘Amin’ apabila selesai membaca surah al-Fatihah.



“Apabila imam mengatakan ‘Amin’, maka ucapkanlah ‘Amin’. Sesiapa yang mengucapkan ‘Amin’ bersama dengan para malaikat, diampunkan dosa yang telah lalu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)



5.Pada waktu tengah malam, terutama sepertiga malam yang terakhir.



“Allah s.w.t. turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : ‘Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Ku makbulkan, ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan, ada sesiapa yang beristighfar memohon ampun untuk Ku ampunkan?” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)



6.Waktu di antara azan dan iqamah.



“Tidaklah ditolak do’a di antara azan dan iqamah.” (Hadis Riwayat Tirmizi).


7.Ketika sujud dalam solat.



“Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah pada waktu sujud, maka perbanyakkanlah berdo’a.”
(Hadis Riwayat Muslim).



8.Selepas berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dalam tahiyat akhir.


9.Selesai solat fardu.

“Ditanya kepada Rasulullah s.a.w., ‘Do’a manakah yang didengar (Allah)’ Sabda baginda, “Do’a itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu.” (Hadis Riwayat Tirmizi).



10.Sepanjang waktu berpuasa.



Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, “Tiga bentuk do’a yang dimustajabkan Allah; do’a ibu bapa terhadap anak, do’a orang yang berpuasa dan do’a orang yang bermusafir.” (Hadis Riwayat Baihaqi)



11.Malam al-Qadar berlaku pada bulan Ramadhan.




12.Ketika khatam 30 juz al-Qur’an.



13.Sepanjang hari Jumaat itu, dengan harapan bersua dengan waktu mustajab do’a.



Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Pada hari Jumaat itu, ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon kepada Allah sesuatu, maka akan diberikan-Nya”. (Hadis Riwayat Bukhari).



14.Sepanjang perjalanan semasa bermusafir.



“Tiga bentuk do’a yang pasti dimakbulkan Allah, iaitu ; do’a orang yang teraniaya, do’a orang yang bermusafir dan do’a ibu bapa terhadap anaknya.” (Hadis Riwayat Abu Daud).



15.Pada hari ‘Arafah iaitu 9 Zulhijjah.



Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Sebaik-baik do’a adalah pada hari ‘Arafah, dan sebaik-baik do’a yang aku dan para nabi yang lain ucapkan ialah (maksudnya) : ‘Tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu’. (Hadis Riwayat Tirmizi)





16.Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah haji atau umrah.



“Orang yang berjihad pada jalan Allah dan orang yang mengerjakan haji serta umrah merupakan tetamu Allah, Dia menyeru (memerintahkan) mereka dan mereka menjawabnya (menunaikannya) mereka berdo’a kepada Allah lalu Allah terimanya.” (Hadis Riwayat Ibn Majah)



17.Ketika iman meningkat kerana berbuat taat.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, “…dan adalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan ibadah yang sunat hingga Aku mencintainya, jika Aku sudah mencintainya, Aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar dan penglihatannya yang dengannya dia melihat dan tangannya yang dengannya dia menyentuh dan kakinya yang dengannya dia melangkah, dan jika dia meminta akan Kuberikan dan jika dia meminta perlindungan nescaya akan Kulindungi.”

18.Waktu menerima ujian.

“Atau siapakah yang memperkenankan do’a orang yang menderita apabila ia berdo’a kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit antara kamu yang mengingati nikmat Allah itu (Surah al-Naml ayat 62)




19.Ketika berperang kerana Allah.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, “Dua jenis do’a yang tidak akan ditolak oleh Allah s.w.t. atau jarang-jarang sekali ditolak; do’a sewaktu azan dan ketika berlakunya peperangan.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)

20.Ketika menghadiri penyelenggaraan jenazah.

Ummu Salamah r.ha. melaporkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Apabila engkau menziarahi orang yang sakit atau menziarahi jenazah, berkatalah hal yang baik-baik, kerana para malaikat mengaminkan apa yang kamu katakan itu.” (Hadis Riwayat Muslim)

21.Selepas saat kematian seseorang.

Diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.ha. bahawa Nabi s.a.w. menziarahi jenazah Abu Salamah r.a lalu menutup matanya. Baginda bersabda maksudnya, “Sesungguhnya roh seseorang yang keluar dari jasadnya akan diekori oleh mata.” lalu baginda bersabda lagi yang bermaksud : “Janganlah kalian berdo’a untuk diri kalian melainkan perkara yang baik sahaja kerana malaikat mendo’akan untuk kalian.” Baginda kemudiannya mendo’akan untuk Abu Salamah r.a”.



22. Ketika ayam berkokok.

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Apabila kamu mendengar ayam berkokok, mohonlah anugerah-Nya, kerana ayam itu melihat malaikat.” (Hadis Riwayat Bukhari) Sahabat yang dimuliakan,


Tragedi Oktober - Awie


Tak sanggup lagi aku

Mengenang kisah lalu

Keganasan mnghantui diriku

Biarkan ia pergi

Menjadi satu misteri

Bagai kan tiada hati yang peduli

*Tidak mahu ku ingat lagi

Apa yang telah terjadi

Tragedi oktober

Sesalan aku hanya

Untuk mu sayang

Ampunilah segala dosa-dosa ku

Tidak sengaja aku mengasari dirimu

bagi ku kau bukan lah

Lawanku

Kekasihku........

Hanya satu ku pinta

Kejujuran darimu

Berilah pluang hidupmu

Aku rela bersama

Meranjau onak duka

Agar berkekalan hendaknya

Ulang *(3x)


Tujuh Amalan Membinasakan

Dari Abu Hurairah R.A bahwa Rasulullah S.A.W bersabda:
“Hendaklah kalian menghindari tujuh dosa yang dapat menyebabkan kebinasaan.” Dikatakan kepada beliau, “Apakah ketujuh dosa itu wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Dosa menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah untuk dibunuh kecuali dengan haq, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran, dan menuduh wanita mukminah baik-baik berbuat zina.” (HR. Al-Bukhari no. 2560 dan Muslim no. 129)
Penjelasan:
Ini adalah 7 dosa besar yang membinasakan. Seperti yang diketahui bahwa dosa-dosa besar itu tidak terbatas pada 7 amalan ini saja, akan tetapi masih banyak dosa besar lainnya yang tersebut dalam hadis-hadis yang lain. Di antaranya adalah hadis Abi Bakrah R.A dia berkata: Nabi S.A.W bersabda:
“Apakah kalian mahu aku beritahu dosa besar yang paling besar?” Beliau menyatakannya tiga kali. Mereka menjawab: “Mahu, wahai Rasulullah”. Maka Baginda bersabda: “Menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua orang tua”. Lalu Baginda duduk dari sebelumnya berbaring kemudian melanjutkan sabdanya: “Ketahuilah, juga ucapan dusta.” (HR. Al-Bukhari no. 2460 dan Muslim no. 126)
Syirik Kepada Allah.
Dalam hadis Abu Hurairah di atas, Nabi S.A.W memulai penyebutan 7 dosa yang membinasakan dengan menyebutkan syirik kepada Allah karena dia merupakan dosa yang terbesar. Syirik adalah mempercayai Allah mempunyai tandingan dalam rububiah-Nya, uluhiah-Nya, serta dalam nama-nama dan sifat-sifatNya. Seperti menyerahkan ibadah kepada selain Allah, baik seluruh ibadah mahupun sebagian di antaranya. Allah Azza wa Jalla berfirman:
“Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun.” (QS. Al-Maidah: 72)
Di antara bentuk syirik akbar adalah ruku’ dan sujud kepada makhluk, baik yang masih hidup mahupun yang telah meninggal. Contoh lain adalah tawaf dan berdiam di kubur orang saleh, bernazar dan menyembelih untuk makhluk, memohon bantuan dan perlindungan kepada makhluk dalam perkara yang hanya Allah yang bisa memberikannya, seperti dalam hal turunnya hujan, menyembuhkan orang yang sakit, dan semacamnya. Jika seorang hamba melakukan salah satu dari amalan ini dan yang seumpama dengannya maka dia telah terjatuh ke dalam amalan syirik akbar, dan Allah tidak akan mengampuninya jika dia meninggal dalam keadaan belum bertaubat.
Sihir
Semua sihir dan magic sebenarnya sudah termasuk ke dalam kesyirikan. Akan tetapi Allah Ta’ala menyebutkannya secara tersendiri di sini untuk menunjukkan besarnya dosa sihir ini. Hal itu karena sihir bukan hanya merosak pelakunya akan tetapi kebanyakannya juga akan merosak orang-orang yang ada di sekitarnya. Hakikat dari sihir adalah seorang penyihir meminta bantuan dan perlindungan kepada jin-jin kafir untuk melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan manusia biasa, dengan syarat si penyihir tersebut harus jin-jin tersebut. Oleh kerana itu, Allah Ta’ala menjadikan semua bentuk sihir adalah pengajaran dari syaitan dalam firman-Nya:
“Hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia.” (QS. Al-Baqarah: 102)
Allah Ta’ala juga berfirman:
“Sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat.” (QS. Al-Baqarah: 102)
Al-Hasan Al-Bashri berkata menafsirkannya, “Penyihir itu tidak mempunyai agama.”
Dan Imam Ahmad telah menegaskan bahwa siapa saja yang mempelajari atau mengajarkan sihir maka dia telah kafir dengannya.”
Membunuh Tanpa Hak
Dosa yang membinasakan ketiga adalah membunuh jiwa tanpa hak. Allah Ta’ala berfirman:
“Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya), melainkan dengan suatu (alasan) yang benar. Dan barangsiapa dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas dalam membunuh. Sesungguhnya ia adalah orang yang mendapat pertolongan.” (QS. Al-Isra`: 33)
Allah Azza wa Jalla juga berfirman:
“Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja maka balasannya ialah Jahannam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya.” (QS. An-Nisa`: 93)
Dari Abdullah bin ‘Umar R.A dia berkata: Rasulullah S.A.W bersabda:
“Seorang mukmin masih dalam kelonggaran agamanya selama dia tidak menumpahkan darah haram tanpa alasan yang dihalalkan.” (HR. Al-Bukhari no. 6355)
Di antara membunuh tanpa hak adalah membunuh orang kafir dzimmi, kafir mu’ahad, dan kafir musta`man.
Di antara bentuk membunuh dengan hak 3 jenis pembunuhan yang tersebut dalam hadis Abdullah bin Mas’ud R.A dia berkata: Rasulullah S.A.W bersabda:
“Tidak halal darah seorang muslim yang telah bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak untuk disembah selain Allah dan aku adalah utusan Allah, kecuali satu dari tiga orang berikut ini: Seorang yang sudah bernikah yang berzina, seseorang yang membunuh orang lain, dan orang yang keluar dari agamanya, memisahkan diri dari jama’ah (murtad).” (HR. Al-Bukhari no. 6370 dan Muslim no. 3175)
Memakan Harta Riba
Memakan harta riba dan bergelut dengannya adalah dosa yang sangat besar. Allah Azza wa Jalla berfirman:
“Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa.” (QS. Al-Baqarah: 275-276)
Dari Jabir bin Abdillah R.A dia berkata:
“Rasulullah S.A.W melaknat pemakan riba, orang yang menyuruh makan riba, juru tulisnya dan saksi-saksinya.” Beliau bersabda, “Mereka semua sama.” (HR. Muslim no. 2995)
Memakan Harta Anak Yatim
Allah Ta’ala berfirman:
“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka).” (QS. An-Nisa`: 10)
Ayat di atas tegas menyebutkankan memakan atau menghabiskan harta anak yatim adalah dosa besar. Oleh sebab itu, Allah Ta’ala telah memerintahkan untuk berbuat baik kepada anak-anak yatim di dalam firman-Nya:
“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin.” (QS. An-Nisa`: 36)
Dari Sahl bin Sa’ad R.A dia berkata: Rasulullah S.A.Wbersabda:
“Aku dan orang-orang yang mengurusi anak yatim dalam surga akan dekat seperti ini.” Beliau memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah lalu beliau membuka sedikit di antara keduanya.” (HR. Al-Bukhari no. 4892)
Lari Dari Medan Jihad
Allah Ta’ala berfirman memberikan ancaman:
“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bertemu dengan orang-orang yang kafir yang sedang menyerangmu, maka janganlah kamu membelakangi mereka (mundur). Barangsiapa yang membelakangi mereka (mundur) di waktu itu, kecuali berbelok untuk perang atau hendak menggabungkan diri dengan pasukan yang lain, maka sesungguhnya orang itu kembali dengan membawa kemurkaan dari Allah, dan tempatnya ialah neraka Jahannam. Dan amat buruklah tempat kembalinya.” (QS. Al-Anfal: 15-16)
Menuduh Seseorang Berzina Tanpa Saksi
Allah Azza wa Jalla berfirman:
“Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita yang baik-baik, yang lengah lagi beriman (berbuat zina), mereka akan dila’nat di dunia dan akhirat, dan bagi mereka azab yang besar, pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. Di hari itu, Allah akan memberi mereka balasan yag setimpal, dan tahulah mereka bahwa Allah-lah yang Benar, lagi Yang menjelaskan (segala sesutatu menurut hakikat yang sebenarnya).” (QS. An-Nur: 23-25)
Allah Ta’ala juga berfirman:
“Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) lapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik. kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. An-Nur: 4-5)

Akulah Yang Bisa - Angkasa


Hidup ini Satu kali
Hanya untuk Bahagiakanmu
Jiwa ini Milik kamu
Kupastikanlah Untukmu

Bersamaku kau bahagia
Takkan pernah kau sesali
Dua hati satu jiwa
Kuyakinkanlah untukmu

Semua cinta… semua rasa…
Kupersembahkan padamu

Aku hanya bisa
Mencintai kamu
Aku hanya bisa
Bahagiakan kamu

Aku hanya bisa
Aku hanya bisa

Aku hanya bisa
Mencintai kamu
Aku hanya bisa
Bahagiakan kamu

Aku hanya bisa
Aku hanya bisa

Aku hanya bisa


Mengapa Bunga Di Petik Orang - A.Ramli


Mangapa sang bunga di puja

Kerana wajahmu jelita

Mengapa disayang-sayang

Kerana sudah berkembang-kembang

Andainya sang bunga dah layu

Tentulah kumbang jadi rindu

Terbang cari yang baru

Bukanlah itu maksud hatiku

Memang bunga sedang kembang

Menjadi impian sang kumbang

Kumbang datang cari bunga

Madu diseri lalu pergi

*Kalau bunga dalam taman

Mudahlah layu gugur berderai

Tapi bunga dlm hati tetap berseri

Dan mewangi

Jikalau madunya dah hilang

Sang kumbang tetap kasih sayang

Jikalau layu terkulai

Ku semat indah di dalam hati

Ulang *

Aduhai kumbang pun berseri

Tikamu aku simpan selalu

Sebagai cahaya pelita

Cemerlang indah dilubuk jiwa


7 Golongan Yang Allah Naugi Di hari Kiamat

7 Golongan Yang Allah Naungi di Hari Kiamat
Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda:
“Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya":
1. Pemimpin yang adil.
2. Pemuda yang membesar di atas kebiasaan ‘ibadah kepada Rabbnya'.
3. Lelaki yang hatinya terpaut dengan masjid.
4. Dua orang yang saling mencintai karena Allah, sehingga mereka tidak bertemu dan tidak juga berpisah kecuali karena Allah.
5. Lelaki yang diajak (berzina) oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan lagi cantik lalu dia berkata, ‘Aku takut kepada Allah’.
6. Orang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi, hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.
7. Orang yang berzikir kepada Allah dalam keadaan sendiri hingga kedua matanya basah karena menangis.”
(HR. Al-Bukhari no. 620 dan Muslim no. 1712)
Penjelasan:
Ketujuh orang yang tersebut dalam hadits di atas, walaupun lahiriah amalan mereka berbeza-beza bentuknya, akan tetapi semua amalan mereka itu mempunyai satu sifat yang sama yang membuat mereka semua mendapat naungan Allah Ta’ala. Sifat itu adalah mereka sanggup menyelisihi dan melawan hawa nafsu mereka demi mengharapkan keridhaan Allah dan ketaatan kepada-Nya.

Gurauan Berkasih - Achik Dan Nana


Usik mengusik, semakin lama menjadi rindu
Hati merindu, asyik merindu
Tersentuh rasa, tidak terduga timbullah sayang
Andai tak jumpa, menjadi dendam

Gurau gurauan masih terasa dalam bayangan
Setiap detik ingin bersama memadu kasih
Apakah hati dah gila bayang
Merindu kasih, darimu sayang

Andai ketara rajuk dihati
Jangan sampai merosak cinta
Andai payah merawat rindu
Hadirlah hadirlah sayang

Rindu dendam bisa terubat
Andai sudah bertentang mata
Pasti kasih berpadu
Terlerai rindu di hati

Indah dirasa
Waktu berkasih
Kita saling merayu
Merindu di angin lalu

Ingin ku sentuh hatimu sayang dalam rinduku
Moga kau tahu hebatnya cinta di hati ini
Sekian lama, memendam cinta
Payah ku rasa menyeksa jiwa

Gelora cinta mengkhayal rasa dalam angan ku
Setiap waktu hanya namamu mekar di kalbu
Sayang menyayang ceria rasa
Antara kita tersimpul kasih



Pemuda !!! Tegakkanlah Islam Dalam Hati Kamu

Rasul Allah saw. bersabda : ”Aku berpesan kepadamu supaya berbuat baik kepada golongan pemuda, sesungguhnya hati mereka paling lembut. Sesungguhnya Allah telah mengutusku membawa agama Hanif ini, lalu para pemuda bergabung denganku dan orang-orang tua menentangku” [Riwayat Bukhari].


Duhai pemuda, ketahuilah bahawasanya pemuda dan dakwah itu sangat akrab. Generasi pertama yang menyebarkan dakwah Islam ini adalah dikalangan pemuda. Khalifah yang 4 adalah mereka dikalangan pemuda, sahabat-sahabat Nabi juga mereka yang terdiri daripada golongan pemuda yang gagah dan berani.
Ya Allah, sediakan umat ini dengan para pemuda yang berani dan tegas, tinggi daya juang, pengorbanan dan jihad yang tinggi sebagaimana orang-orang terdahulu dari kami.

Melihat cabaran kehidupan yang semakin menggila, ketempangan akidah semakin membarah, akhlak umat Islam semakin rosak akibat serangan musuh Islam dari hari ke hari tidak pernah henti. Maka, umat ini memerlukan mereka yang jiwanya sangat hampir dengan Tuhan, hatinya sentiasa berpaut kepada cita-cita dan kemenangan Islam, maka pemuda adalah jawapannya. Mengapa pemuda? Sebab pemudalah mempunyai karakter yang disebut oleh as-Syahid al-Imam iaitu iman, ikhlas, semangat dan amal.

“Sesungguhnya, sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang di jalannya, semakin bersemangat dalam merealisasikannya, dan persiapan untuk beramal dan berkorban dalam mewujudkannya. Sepertinya keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat, dan amal merupakan karakter yang melekat pada diri pemuda, kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertaqwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora, dan dasar amal adalah kemahuan yang kuat. Itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda.” (Risalah Ila Syabab)

Anak-Anak Muda Mewarnai Sejarah Islam

Itulah mengapa sejarah Islam diwarnai oleh para pemuda. Zaid bin Thabit pada usianya 13 tahun sudah menyibukkan diri dengan Islam, Zubayr Al-Awwam menjadi pahlawan dan panglima perang ketika usianya sangat muda, Usamah bin Zaid panglima tentera perang ketika berhadapan dengan tentera Rom di Syria ketika usianya 18 tahun, Al-Arqam bin Abi Al-Arqam sanggup menjadikan rumahnya sebagai tempat penyebaran Islam walaupun mengetahui cabaran yang akan mendatang, Mus’ab bin Umair seorang pemuda yang ditugaskan oleh Rasulullah untuk menjadi pendakwah dan mengislamkan setiap rumah di Madinah, Khalid Al-Walid seorang yang tangkas di medan perang serta mempunyai kemampuan startegi perangnya.
Begitu juga, dengan sejarah sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW dakwah ini diwarnai oleh mereka dikalangan pemuda. Pernahkah kita mendengar kisah pemuda Ashabul Kahfi, pemuda di dalam kisah Ashabul Ukhdud, Zulkarnain, dan sebagainya. Mereka inilah pemuda-pemuda yang mempunyai jiwa yang berani dalam mempertahankan kebenaran dan tidak takut kepada celaan musuh Allah SWT.

Tidak cukup dengan zaman tersebut, dunia Islam pernah dikejutkan dengan para pemuda yang teguh dan thabat dalam jalan dakwah. Sultan Muhammad Al-Fateh pada usianya 21 tahun sudah memimpin bala tentera dan membebaskan Kota Konstantinople, Saifuddin Qutuz pada usianya muda menentang tentera Tatar di Ain Jalut ketika itu umat Islam diambang kejatuhan kerajaan Abbasiah lalu bangkit seorang pemuda mempertahankan umat Islam di Mesir serta Al-Azhar As-Syarif sebagai kiblat ilmu umat Islam, Salahuddin Ayyubi juga pada usianya yang muda menentang Eropah yang ketika itu sudah menawan Jerusalem ditangan tentera Salib sehingga 2/3 dunia ini adalah milik Islam.

Begitu juga, Revolusi Timur Tengah 2011 seperti Tunisia, Mesir, Libya, Syria, Yaman dan lain-lain semuanya tunduk ditangan pemuda.

Ayuh anak-anak muda, sedarilah masa muda ini sangat bermakna. Manfaatkan usia muda untuk Islam serta ummah. Usah kita memisahkan dunia kita dengan dunia mereka yang yang sangat dahagakan kefahaman Islam. Mari kita bina generasi pewaris dikalangan pemuda.

Perancangan Musuh Islam Terhadap Anak Muda

Orang Yahudi dan musuh-musuh Islam tidak akan membiarkan pemuda-pemuda Islam dekat dengan ilmu dan iman, mereka akan memisahkan diri pemuda dengan jihad sehingga menyebabkan pemuda Islam menjadi lemah dan kaku. Protokol Yahudi ada menyebut:-

“ Kita mesti bekerja untuk merosakkan akhlak disetiap tempat. Dengan itu penguasaan kita akan mudah dicapai. Kita akan terus membentangkan teori hubungan seks sejelas-jelasnya supaya tidak ada suatu pun yang dianggap suci pada pandangan pemuda. Hasilnya ialah memuaskan hawa nafsu seks adalah matlamat mereka. Ketika itu akan runtuhlah akhlak mereka”.

Begitu juga kata pemimpin penjajah Kristian : “Gelas arak dan pelacur amat berperanan dalam menghancurkan umat Muhammad lebih daripada apa yang dilakukan oleh seribu meriam. Oleh itu tenggelamkan mereka ke dalam cintakan kebendaan dan syahwat”.

Perancangan musuh Islam tidak akan pernah sunyi, mereka akan bekerja siang dan malam untuk menghancurkan iman pemuda-pemuda Islam, kerana mereka percaya golongan pemudalah sebagai pemimpin sesebuah Negara pada masa akan datang.

Solusi

Apakah yang perlu kita buat selaku mahasiswa Islam yang belajar di Ardhul Kinanah? Kerana kitalah yang mengaku sebagai pemuda Islam dan Rijalu Taghir (agen perubah). Maka disini antara yang perlu kita persiapkan diri :-

1) Sentiasa melazimi usrah/muzakarah berkelompok setiap minggu.
2) Solat berjemaah di masjid.
3) Mewujudkan biah yang solehah di kalangan kita.
4) Membaca buku-buku fikrah dan pembinaan diri.
5) Sentiasa cakna dengan isu umat Islam, mengetahui sejarah jatuh bangunnya Islam, dan serangan pemikiran terhadap umat Islam.
6) Sentiasa mengikuti program-program tarbiyah dan pembinaan diri.
7) Menyibukkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kerja-kerja Islam.

Apa yang disebut diatas ini adalah sedikit sahaja yang perlu dilakukan, selebihnya terpulanglah pada anda selaku anak muda yang mengaku sayang pada Islam. Lakukanlah sesuatu untuk ummat yang semakin jauh dengan Islam yang sebenar. Andalah pemuda! Andalah mampu merubah dan mengubah segala-galanya.

Penulis:-
Mohd Faizzudin Ghazali