Powered by Blogger.
There was an error in this gadget
Kenalilah Hatimu Wahai Insan


Aku mulakan penulisan ini dengan memuji tuhan sekalian alam yakni Allah S.W.T. tuhan yang mengerakan hati hamba-hambaNya.
Firman Allah yang bermaksud:

"Akan Aku penuhkan neraka Jahanam itu dengan manusia dan jin.Dan mereka diberi hati namun mereka tidak mahu menggunakan hati mereka untuk memahami ayat Kami,dan mereka diberi akal namun mereka tidak mahu memikirkan kebesaran Kami,dan mereka diberi pendengaran namun mereka tetap ingkar akan arahan Kami."

Jelaslah bahawa hati itu sangat penting dalam kehidupan kita sehingga Allah S.W.T. meletakan hati dahulu kemudiannya diikuti oleh anggota yang lain.Sebagai hamba Allah yang hina dan faqir di sisiNya hendaklah kita "Strive for mardhatillah".Persoalannya bagaimana?Hanya melalui bimbingan guru yang diiktiraf.Telah bersabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:

"Sesungguhnya dalam jasad anak Adam itu terdapat segumpal darah,apabila baik darah itu maka baiklah seluruh jasadnya,apabila buruk jasad itu maka buruklah jasadnya,ketahuilah ianya hati."

Jadi saya ingin menyeru kepada semua kaum muslimin agar bersihkan hati kita untuk kita mengikuti para aulia dan salafus salih.Ayuhlah tingkatkan himmah kita untuk bersama nabi dan para sahabat agar tersemainya cinta kita kepada baginda dan Allah S.W.T..
:)

0 comments:

Post a Comment