Powered by Blogger.
Mengelak Sikap Takabbur~

Takabbur, asal perkataannya adalah kabir yang membawa maksud besar, maka takabbur adalah satu perasaan besar dan megah pada diri.

Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takabbur yang ada dalam diri manusia, iaitu:


(gambar adik sendiri : Filzah)

1. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.


2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.

3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.

4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka berbuat dosa kerana kejahilan sedangkn kita dosa dalam keadaan mngetahuinya.

5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupn kita.

6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya...


7. Apabila terserempak dengan haiwan, hormatilah ia kerana haiwan tidak mempunyai akal dan seterusnya tidak akan dihisab di akhirat kelak berbanding dengan manusia..

Wallahualam..

0 comments:

Post a Comment