Powered by Blogger.
There was an error in this gadget
Keajaiban Hati

Hati atau roh merupakan penciptaan yang ajaib di dalam diri kita. Di antara keajaiban hati ialah:

1. Hati atau roh boleh mentadbir kerajaan diri. Dengan bantuan nafsu dan akal, manusia boleh melahirkan tamadun.

2. Hati ibarat wadah tempat rebutan antara malaikat dan syaitan, hidayah dan kekufuran. Hati kalau tidak dididik, ia akan dipimpin oleh syaitan maka syaitan yang akan memberi ilham serta ilmu. Tetapi bila hati dididik, Tuhan yang akan memimpin dengan memberi ilmu dan hidayah melalui malaikat sehingga perasaan yang baik-baik sahaja diletakkan di dalam hati.

3. Hati atau roh ibarat cermin. Hati yang tidak dididik dan diasuh akan menjadi gelap dan hitam. Sekiranya dididik, hati akan bercahaya dan bersinar seperti cermin yang sentiasa digilap. Cermin juga mudah menangkap apa sahaja objek yang ada di hadapannya. Ertinya, hati yang benar-benar bersih boleh menangkap apa-apa yang ada di Lauhul Mahfuz, ia akan diberi rasa-rasa yang tepat, hinggakan ada kalanya mendapat kasyaf, bisikan-bisikan yang benar, mendapat mimpi yang baik dan juga firasat, sebagaimana sabda baginda SAW: Maksudnya: "Takutilah kamu akan firasat orang mukmin, kerana mereka melihat dengan cahaya Allah." (Riwayat At Tarmizi)

4. Hati yang bersih juga boleh mendapat ilmu terus dan Tuhan, kalau dia rasul atau nabi maka ilmu tersebut dinamakan wahyu. Bagi para wali atau orang-orang bertaqwa pula dinamakan ilham atau ilmu laduni. Ilmu ini bukan hasil belajar Cara biasa tetapi ia terus dijatuhkan ke dalam hati. Ilmu yang diperolehi dengan hasil usaha biasa seperti membaca dan mengkaji, ia akan jatuh pada akal. Inilah di antara keajaiban hati yang Tuhan jadikan dengan ciptaan yang sangat unik. Hanya orang-orang yang Allah pimpin ;dan pilih sahaja yang dapat membaca perjalanan hati yang cukup halus dan seni.

0 comments:

Post a Comment