Powered by Blogger.
There was an error in this gadget
Ciri2 Tarbiyah Berkualiti





Hari ini, Fatihah ingin share dgn teman2 tentang ciri2 Tarbiyah y berkualiti....Apakah y dimaksudkan dgn Tarbiyah ?? Tarbiyah brmaksud

Tarbiyah islamiyah adalah proses penyiapan manusia yang shalih, yakni agar tercipta suatu keseimbangan dalam potensi, tujuan, ucapan, dan tindakannya secara keseluruhan. Tarbiyah berasal dari bahasa Arab yang berarti pendidikan, sedangkan orang yang mendidik dinamakan Murobbi.


Sebelum myertai sesuatu Tarbiyah itu, kita hendaklah mgenalpasti ciri2 Tarbiyah y brkualiti agar matlamat utama Tarbiyah trsebut dpt dicapai oleh individu y myertai....

Antara ciri2 Tarbiyah y berkualiti adalah :

  • Berpandukan Al-quran dan Hadith
Ini adalah salah satu aspek y pnting y perlu dikenal pasti sbelum mnjalani proses Tarbiyah. Ini juga mrupakan aspek untuk mnentukan sama ada Tarbiyah y diikuti mngikuti jln y lurus atau terpesong. Hasil drpd Tarbiyah y berpandukan Al-quran dan As-sunnah ini akan mmbuatkan para peserta Tarbiyah mrasa dkat dgn Al-quran sekaligus mgamalkn ajarn Al-quran dan juga As-sunnah. Hidup mreka akan dilazimi dgn kalimah2 Allah. Jiwa mreka akn lembut krn slalu mndengar bait2 Allah. :)


  • Berupaya mnampung ahlinya
Peranan murobiyah begitu penting untuk memastikan tarbiyah berupaya menampung ahlinya. Jika murobiyah tidak mengambil berat akan permasalahan dan apa yang berlaku pada mutorobbiyahnya, maka tarbiyah mungkin akan terhenti setakat itu sahaja. Keberkesanan tarbiyah bergantung pada murobbiyah, untuk memastikan proses tarbiyah berlangsung berterusan. Namun, jika tidak berterusan, itu mungkin salah mutorobbiyah sendiri yang tidak komited terhadap tarbiyah.

  • Medan beramal
Jika sudah ditarbiyah, tetapi masih tidak mampu menjaga aurat, ibadah seharian atau berdakwah maka seseorang ahli itu tidak lain tidak bukan hanyalah penumpang tarbiyah. Hanya menjadikan tarbiyah sebagai pengisi masa lapang dan ketika diri kekosongan. Terdapat ramai orang yang mengaku ditarbiyah tetapi masih melayan movies, lagu dan games lagho dengan alasan untuk mengurangkan kadar stress atau dengan kata lain tidak apa melakukannya selagi tidak mengabaikan perintah Allah.

  • Keaslian Tarbiyah terjaga
Tarbiyah diperolehi daripada halaqah, program dan sarana tarbiyah yang lain. Keaslian tarbiyah sangat perlu dikekalkan. Seperti halaqah sepatutnya berlangsung sekurang-kurangnya 2 jam setiap minggu sarat dengan pengisian dan tugasan untuk dibentang. Kadatangan, disiplin dan pembentangan task perlu di ambil berat iaitu dengan mempunyai borang khusus untuk halaqah. Penekanan yang diberikan oleh murobbiyah perlu berkaitan dengan permasalahan mutorobbiyah.

0 comments:

Post a Comment